BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 28 Julai 2011

KEHIDUPAN SEORANG HAMBA ALLAH

Dalam hidup kita sebagai seorang insan dimuka bumi yang di anugerahi oleh allah,pastinya pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kita lalui sebagai makhluk allah..kadang kala kita sering di buai oleh mimpi duniawi,dengan tanpa kita sedari...allah menciptakan alam semulajadi yang indah supaya umatnya berfikir bukanya memusnahkan..begitu juga dengan diri kita..jika kita lihat pada masa kini segelintir angota masyarakat yang sudah hilang pedoman..pelbagai pekara buruk yang semakin menular dalam diri segelintir masyarakat kita...justeru kembalilah kepangkuan allah agar kamu menjadi seorang insan yang mulia disisi allah..sebelum kamu diseru oleh allah.

                               Sebagi seorang manusia kita sudah tentunya mempunyai hati dan juga perasaan... Kadang kala apabila kita mengenali seseorang yang kita rasakan bahawa dia itu insan yang selama ini kita cari,yang memenuhi kriteria yang kita kehendaki kita mudah sangat lupa kepada allah...ini kerana sedang hangat bercinta...perbatasan dalam islam tidak lagi di hiraukan...jika kita lihat remaja kita sekarang telah pun hanyut di dalam arus percintaan...kerana cinta monyet bak kata orang tua-tua,mereka sangup lakukan apa sahaja demi membuktikan cinta mereka...
sebagai contoh kadang kala remaja kita sangup melawan cakap ibu bapa untuk membela pasangan mereka,di sekolah pula tidak kira tempat mereka berdating senang cerita bak kata orang macam belangkas x boleh berengang..kalau sudah begitu mengapa tidak nikah sahaja?bukankah itu dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku...
 
                       Saya menyeru kepada remaja hari ini agar berhati-hati lah dalam percintaan..bukan bermakna kalian tidak boleh bercinta namun awas terhadap hubungan..bercinta berlandaskan agama allah nescaya kalian akan bahagia..for girls jangan biarkan diri kalian disakiti oleh lelaki-lelaki durjana yang diluar sana...tujuan saya menulis ini tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati...ini hanya sekadar ingatan buat kita semua..